Leaking Radiator..


Leaking Radiator.
Kejadian ini berlaku 2 hari sebelum Hari Kebesaran Umat Islam iaitu Hari Raya AidilAdha..Semasa aku dan adik bongsuku sedang breakfast di Pasar Peladang Kulai, tiba-tiba kelihatan air mengalir ke bawah kereta. Tanpa berlengah, bonet dibuka dan setelah diamati, sah radiator telah mengalami kebocoran. 'Relax Fadz, jgn panik', hatiku berdetik. Secara tiba-tiba aku mendapat 1 idea yg bernas. Korang nak tau aper?? Hah! Aku teringat aktor terkenal; McGyver..Lantas, aku mendekati Mamak yg berniaga roti canai di situ.. " Mamak! kasi sama saya 2 biji telor, tolong buangkan kuningnya ok". Hah! Pasti korang dah tau apa tindakan aku seterusnya..
2 putih telur & air dimasukkan ke dalam tangki radiator. Radiator cap pun diketatkan seperti keadaan yg asal. .Tup tup tup ..leaking telah ditutup secara automatic. Alhamdulillah.. Setelah selesai menikmati breakfast, aku berjaya memandu  dgn penuh confident sejauh 40 km lagi utk ke Peugeot  Specialist Workshop  bersebelahan Menara Kastam Larkin iaitu di ground floor Caltex. Kos bagi sebuah radiator buatan Perancis brand VALEO adalah lebih kurang RM800. Pemasangan mengambil masa yg agak singkat kerana kedudukan radiator yg mudah dicapai serta pemasangan hos yg ringkas dan hanya menggunakan 'clip' shj.
Temperature kembali ke bacaan normal iaitu sekitar 80C dan aku berpuashati kerana mengikut spesifikasi teknikal yg diperoleh dari Buku Haynes serta pengalaman owner yg lain, setiap set genuine radiator mampu bertahan sehingga 8 tahun. Namun terdapat TIPS yg pembaca perlu praktikkan: Gunakan air tapisan Reversed Osmosis (RO) shj kerana kandungan klorin yg rendah mampu mengelakkan radiator dari tersumbat. Tips ini sangat sesuai digunakan ke atas semua kenderaan terutamanya di negara yg beriklim panas. Justeru jangka hayat radiator dijangkakan lebih panjang selain dapat berfungsi dengan lebih effective & efficient.

Sekian paparan kali ini.. Bon Voyage..

Comments

Popular posts from this blog

Ixora HOMESTAY Kelapa Sawit, Kulai-Sedenak, Taman Scientex Johor.