Jom Terbang..

Pembaca yang budiman, pos kali ini mengajak saudara-saudari yang berada khususnya di Malaysia & rantau asia agar sama-sama memeriahkan lagi industri pengangkutan udara. Mengapakah pengangkutan udara menjadi pilihan utama saya?? Yup.. tahukah anda, kajian membuktikan pengangkutan melalui mode udara adalah yang terbaik dan statistik membuktikan, kadar kemalangan maut udara adalah pada tahap yang terendah berbanding mode pengangkutan laut dan darat. So apalagi kawan-kawan.. jom ler tempah secara online penerbangan ke destinasi pilihan anda. Murah3 sahaja tau..Untuk passenger penerbangan domestic & international, sila ke link ini airasia.com , atau MAS Airline. Bagi passenger penerbangan domestic, anda boleh laa merasai pengalaman penerbangan dengan pesawat lebih kecil dan murah melalui perkhidmatan fireflyz (macam zaman Jepun dulu wooo...Hehehehe..RM35 jer dari Senai ke Subang Airport) So, enjoy your trip....Jgn lupa masukkan pengalaman anda kelak di ruangan comment saya ok.. Enjoy..!
ps: gambar penulis semasa berada dalam penerbangan airasia dari Senai International Airport ke LCCT KLIA. Tambang hanyalah RM65 sahaja termasuk kos cukai airport dan perkhidmatan Skybus (Skybus menyediakan perkhidmatan pengangkutan bas dari Terminal LCCT ke Kuala Lumpur Central). Passenger akan dikenakan bayaran +han sekiranya ingin membuat tempahan makanan power di dalam pesawat. (Stewardess pun cun2 belako wei..Hihihi..) Lihatlah wajah2 ceria sahabat UUM (dari kiri En. K-Rules, En. Azim & En. Sofe menggarap pengalaman pertama di dalam pesawat Airasia mereka).
Ok laa kawan2..pastikan perjalanan anda selamat tidak kiralah apa jua mode perjalanan pilihan anda.. Ingatlah, kelajuan tanpa ciri-ciri mekanikal dan aspek teknikal yang baik boleh menyumbang kepada kadar kemalangan maut yang lebih tinggi.. Ingatlah insan yang tersayang.. Sekian sahaja pos kali ini....Zaaaaaasss.....

Comments

  1. Zaman skang ni dari tingkap kapal terbang tu nampak macam google earth...Kapal terbang terbang tinggi dan semua bangunan mengecil seperti Lego

    Dalam kapal terbang kebanyakkan n selalunyer manusianyer kaye(ala kaye lah tu ... nak g singapore ade yang naik bas n ade yang naik kapal terbang. ...

    kesimpulannya ko termasuk dalam golongan orang kaye lah tu

    ReplyDelete
  2. Sedara Afzainizam.. Komen anda memang bernas.. Dunia sudah global.. Duit makin mengecil..Maka gunakan penerbangan pada kos yang kecil..Janji nampak macam kaya. "Biar papa, asal bergaya". Hehehhe..

    ReplyDelete
  3. salam ziarah kembali dari http://firestartingautomobil.blogspot.com

    kome duit besor..... tak pe....

    teman yang tinggal duit syiling aje... bilalah nak gaji ye.....yoooppppp

    yoooop biar lah pape asalkan begaya.... yelah yooop...

    atenye udoh le.... sape nak belanje teman naik kapal terobang ni yoop....

    aku rase leh yoop.... aku udohhh lima taun kije kat sni tak aderr ke MAS ke AirAsia ke nok offer bagi teman ni tiket free... bagilerr biar aku merasa jejak kaki kat udara ni... gamoknye kempunanlah teman ni yop

    ReplyDelete
  4. NILAI PERSAHABATAN


    Sahabat,

    Jika suatu masa engkau ditakdirkan bertemu seorang kawan, yang sanggup bersusah keranamu atas nama kesetiaan, sering mendahulukanmu atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, mempercayaimu atas nama keikhlasan, yang menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, ketahuilah olehmu sahabat, Dia bukan hanya seorang kawan tetapi Dialah seorang saudara dan juga sahabat..

    Tetapi Sahabat,

    Sekiranya engkau berasa beban kerananya, berasa ragu akan keikhlasannya, itulah tandanya engkau tidak seikhlas dia, andainya engkau buka keaibannya, itu tandanya engkau melaknati kejujurannya. Engkau juga tidak menghargai segala kabaikannya terhadap engkau..

    Bila engkau mula menyedari dia tidak mengendahkan engkau lagi, dan mula bersikap dingin dan berubah, janganlah engkau termakan hati dengan sikapnya itu..

    Ketahuilah,

    Betapa dia sebenarnya, menelan hempedu sendi yang mendalam kerana
    prihatin dan kasih sayangnya, kejujuran dan keikhlasannya, engkau permainkan..
    Maka setelah itu, usahlah engkau harapkan sesuatu darinya lagi, kerana dia telah hilang kepercayaan padamu..
    Engkau juga takkan bertemu dengan kawan sepertinya lagi..

    Oleh itu Sahabatku,

    Hargailah sebuah persahabatan, sebelum ia hilang dari dirimu…



    “SEBAIK-BAIK SAHABAT IALAH YANG MENEGUR DI KALA KEMUNGKARAN DAN SEBURUK-BURUK SAHABAT IALAH YANG DIAM SERIBU BAHASA”

    Salam ziarah dari kami http://firestartingautomobil.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Salam Sedara Zam..jom lar naik dari Senai Airport.. Kawan daa 2 tahun kat cnie, nie baru sekali laaa nak naik flight dari cnie yopp..Kalau ticket free k'jaan bg masa gie Kota Kinabalu 2 tahun lepaih, kawan setuju laa gak nak selalu naik flight nie yoooppp..
    Hehhee..Zam, jom ar plan, pergi balik naik Fireflyz dari Senai ke Subang.. Naik pagi, petang balik semula ke JB.. Ada bran..??
    Ramai2 naik fireflyz govt staff di Senai Airport..

    ReplyDelete
  6. "Naik pagi, petang balik semula ke JB"
    Hurmmmmm....
    (menunggu giliran ku & ank2)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ixora HOMESTAY Kelapa Sawit, Kulai-Sedenak, Taman Scientex Johor.